Nama lengkap kelahirannya
Nama lengkap beliau adalah Alim al-Allamah al-Faqih Syeikh
Ismail bin Ismail bin Usman bin Ali bin Salimbin Abdurrahman bin Abi Ghaits bin
Ibrahim bin Ismail bin Muhammad az-Zain.
Beliau di lahirkan pada bulan Rabi`ul Awal tahun 1352 hijriyyah
di kota Dhahi, kota ini terletak di wilayah Wadi Sardud, kota yang banyak
mengeluarkan ulama dan orang yang shaleh-shaleh.
Sifat, tabi`at, dan bentuk tubuhnya
Syeikh Ismail memiliki tubuh yang sedang-sedang saja, tidak
kurus dan juga tidak gemuk, pembawaannya selalu santai dan tenang, tidak
berbicara kecuali sekedar keperluan, beliau sangat di cintai oleh penduduk
kampungnya, bersifat zuhud, wara`, tawadhuk, tidak suka membuangkan masa kepada
perkara-perkara yang tidak perlu, menghornati ulama dan orang tua, rajin
bekerja dan taat beribadah.
Belajar Ilmu agama
Dari kecilnya telah belajar ilmu agama atas didikkan ayahandanya,
banyak sekali kitab-kitab yang telah beliau habiskan, diantara kitab-kitab yang
beliau baca dan pelajari adalah ; Safinatu an-Naja, al-Muqaddimah
al-Hadhramiyyah, Matan al-Ajurumiyyah, dan beliau banyak menghapal
matan-matan kitab.
Selain belajar ilmu agama dari ayahnya, beliau juga telah
belajar dari banyak ulama-ulama yang berada di kotanya, kerajinan dan kegigihan
beliau terhadap illu agama sangat tinggi sekali, setiap disiflin ilmu agama
beliau pelajari dengan sungguh-sungguh, dari mulai Fiqih, Tafsir, Hadis, Nahu,
Taswuf, Fara`idh, Sorof, TauhidUsul Fiqih, Mantiq, Balaghah `Arudh dan
lain-lainnya.
Pada tahun 1375 hijriyah beliau mulai mengajar di kotanya dan di
kota az-Zaidiyyah, para guru-gurunya sangat senang sekali, sebab mereka melihat
beliau memiliki pemahaman yang lurus, kecerdasan yang tinggi, banyak diantara
teman-temannya juga ikut mendengarkan pengajian beliau, para pelajar memadati
halaqah pengajiannya.
Berhijrah ke Makkah Mukarramah
Pada tahun 1380 hijriyah beliau berhijrah ke Makkah
al-Mukarramah dan berniat untuk menetap di Makkah, dari tahun inilah beliau
sibuk untuk mengajar, mengarang kitab, mentela`ah kitab, mulailah ulama-ulama
Makkah mengenali keilmuan beliau, disamping itu beliau juga belajar dengan
ulama besar yang masih hidup di kota suci tersebut, dari pengajianSyeikh Hasan
Masyath, Syeikh Muhammad al-Arabi at-Tabbani, Syeikh Muhammad Yahya Aman,
Syeikh Hasan Sa`id Yamani, Syeikh Alawi al-Maliki dan lain-lainnya.
Pada tahun 1382 hijriyyah beliau mulai mengajar di Madrasah
as-Solatiyyah al-Hindiyyah yang terkerkenal dengan keberkataannya, beliau
diangakat menjadi guru tingkat Tsanawiyah dan Aliyyah dalam jangka 23 tahun.
Disamping beliau mengajar di Madrasah Solatiyyah,beliau juga
mengajar di Masjid al-Haram dan di rumah pribadinya, para penuntut ilmu banyak
mendatangi pengajian beliau, terlebih-lebih pelajar dari Indonesia, Malaysia
dan Fathoni (Thailand ), nama beliau menjadi masyhur di kalangan ulama
terlebih-lebih di kalangan ulama Syafi`iyyah di Makkah dan sekitaranya,
sehingga beliau menjadi sumber fatwa permasalahan-permasalahan yang baru, waktu
beliau di habiskan untuk mengajar dan memberikan fatwa, terkadang-kadang datang
dari negara Indonesia permohonan fatwa dari permasahan yang baru.
Para guru-guru beliau :
Diantara guru-guru beliau adalah :
1 - Ayahandanya Ismail bin Usman Zain al-Yamani.
2 - Sayyid Umar `Awadh al-Ahdal.
3 - Sayyid Abdul Qadir Qadiri al-Hasani.
4 - Sayyid Husein bin Muhammad az-Zawak.
5 - Sayyid Muhammad bin Muhammad ibni Abdurrahman al-Qadimi.
6 - Sayyid Muhammad bin Yahya Dum al-Ahdal.
7 - Syeikh Islam Sayyid Abdurrahman bin Muhammad al-Ahdal.
8 - Sayyid Muhammad bin Hasan bin Abdul Bar al-Ahdal.
9 - Syeikh Alawi bin Abbas al-Maliki al-Makki.
10 - Syeikh Muhammad al-Arabi at-Tabbani.
11 - Syeikh Hasan Masyath.
12 - Syeikh Muhamad Yahya Aman.
13 - Syeikh Hasan Sa`id Yamani.
14 - Sayyid Muhammad Amin Kutubi.
15 - Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani.
16 - Syeikh Amin at-Torablusi.
17 - Syeikh Hasanain Makhluf.
18 - SYeikh Ahmad Hamadah.
19 - Syeikh Ibrahim Abu an-Nur Syafi`i.
20 - Syeikh Muhammad Ilyas.
21 - SYeikh Muhammad Zakaria al-Kandahlawi.
22 - Syeikh Muhammad Yusuf Banuri.
23 - Syeikh Abdullah Sirajuddin.
24 - Syeikh Bakri Rajab.
25 - Syekh Abdullah Shiddiq al-Ghumari.
26 - Syeikh Abdul Aziz Shiddiq al-Ghumari.
27 - Syeikh Abdul Wasi` al-Wasi`i.
28 - Syeikh Muhammad Makki bin Muhammad bin Ja`fari al-Kattani.
29 - Syeikh Muhammad bin Salim bin Hafizh al-Yamani.
30 - Syeikh Abdullah bin Abdul Karim al-Jarafi
Dan lain-lain.
Diantara Murid-murid beliau adalah :
1 - Syeikh Muhammad bin Ismail al-Yamani al-Makki.( * )
2 - Syeikh Ahmad Jamhuri al-Banjari.( * )
3 - Syeikh Zainal Abidin Jefri al-Banjari.( * )
4 - Syeikh Mahmud Said Mamduh al-Qahiri.( * )
5 - Syeikh Ibrahim Zannun al-Mandili.( * )
6 - Syeikh Abdul Malik Raihan bin Abdul Qadir al-Mandili.( * )
7 - Syeikh Muhammad Husni Tamrin Jefri al-Banjari.( * )
9 - Syeikh Ali Jum`ah ( Mufti Mesir ).( * )
10 - Syeikh Husein Siraj al-Fathani. ( * )
11 - Syeikh Khalid bin Abdul karim Turkistani.( * )
12 - Syeikh Asyrof Ismail at-Tijani.( * )
13 - Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari.( * )
14 - Syeikh Ibrahim bin Abdullah al-Ahsa`i.( * )
15 - Syeikh Hamid bin Akram al-Bukhari. ( * )
16 - Syeikh Abdullah bin Naji al-Makhlafi.
17 - Syrikh Ahmad bin `Asyur al-Makki.( * )
18 - Syeikh Yusuf bin Abdurrahman al-Mar`asyli. ( * ).
19 - Syeikh Soleh Ahmad bin Muhammad Idris al-Arkani.
20 - Syeikh Abdul Fatah Husein Rowah ( Rawa-red ).
21 – KH. Moh. Amir bin Ilyas bin Muhammad Assyarqowi Qudus
Madura Indonesia
22 – KH. Thoifur bin Ali Wafa al Maduri
23 – KH. Muhammad Muhsin bin Amir bin Ilyas al Maduri
Dan Lain-lain
Diantara hasil karangan beliau adalah :
1 - Arba`una Hadisan Fi al-Mawa`izh Wa al-Ahkam.
2 - Irasyadu al-Mu`min Fi Fadha`ili Zikri Rabbi al-`Alamin.
3 - Is`afu at-Thullab Bi Syarhi Nizomi Qawa`idi al-I`rab.
4 - al-Jawabul al-Wadhih as-Syahir Fi al-Ghazawat.
5 - Daiwan al-Khithabi al-Minbariyyah.
6 - Risalah Ziyarah Fi Jabal Uhud.
7 - Risalah Fi Maudhu`i al-Halq Wa at-Taqshir Fi an-Nusuk.
8 - Risalah Haula Istikhdami Mukabbirati as-Shaoti Fi
al-Masajid.
9 - Risalah Tata`allaqu Bi as-Shalati Fi at-Tha`irah.
10 - Dhu`u as-Syam`ah Fi Khususiyati al-Jum`ah.
11 - Shilatu al-Khalaf Bi Asanid as-Salaf.
Dan lain-lain.
Setelah menghabiskan masa dan umurnya untuk menebarkan ilmu
tanpa jemu dan lelah akhirnya beliau meninggal dunia pada hari rabu 21 Zul
Hijjah 1414 hijriyyah, di sembahyangkan setelah shalat subuh di Masjid Haram
pada hari kamis kemudian di kuburkan di perkuburan Ma`la berhampiran dengan
kuburan Sayyidah Asma` binti Abu Bakkar r.a.
Rujukkan :
1 - Kasyfu al-Ghain An Nabadzati Hayati Ismail az-Zain : halaman
:17 ,Syeikh Ismail Zain, Dar al-Qudus.
2 - Mu`jam al-Ma`ajim Wa al-Masya`ikh Wa al-Faharis Wa
al-Baramij Wa al-Atsbat : 85 / 3, karangan Doktor Yusuf al-Mar`asyli, Maktabah
ar-Rusyd.
3 - `Aqdu al-Jauhar Fi Ulama ae-Rub`i al-Awwal Min al-Qarni
al-Khamis `Asyar,:1754 / 2 , Doltor Yusuf al-Mar`asyli , Dar Makrifah, Libanon.
Lihat Foto beliau di Link berikut L
Tidak ada komentar:
Posting Komentar